Panel Navigasi
PROFIL AM SEKOLAH
Sejarah
Lokasi
Visi Dan Misi
Logo
Senarai Staf
KURIKULUM
HAL EHWAL MURID
KOKURIKULUM
Panduan Markah Koku

Carian Sekolah

Artikel
Muat Turun
Soalan Lazim
Forum
Pautan Web
Kategori Berita
Galeri Gambar
Kenali Pengetua
Pengetua
Pn Hajah Salehah Bt. Ghazali
pengetua@smkkadir.net
Pengguna Di Talian
Tetamu Di Talian: 1

Ahli Di Talian: 0

Jumlah Ahli Berdaftar: 105
Ahli Baru: marcusboo
Pengguna Aktif
Laksamana_9205:18:57
marcusboo 3 Hari
danny 4 Hari
farhan adha 5 Hari
Hafizoh Bint... 5 Hari
nor wahida 6 Hari
admin 6 Hari
krdass 1 Minggu
Fauzan 1 Minggu
hanizah 2 Minggu
Berita Utusan
Selamat Datang ke Portal Rasmi SMK DATUK HJ ABDUL KADIR
Bahan Perkongsian Maklumat
Sukatan Dan Panduan Terkini PTK Jun 2010
Perhatian kepada semua guru (DGA29,DGA32,DG41,DG44) dan staf sokongan (N17,N22,C17,F17)

Untuk mendapatkan panduan serta sukatan baharu bagi peperiksaan PTK sesi Jun 2010, anda boleh muat turun semua bahan di Bahagian Perkongsian Maklumat :  Bahan Perkongsian > Sukatan dan Panduan PTK Jun 2010. Sekiranya tidak dapat muat turun bahan-bahan tersebut. anda boleh lawati laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my/


Sekian, Terima Kasih.

Penyelaras PTK Sekolah
PENDAFTARAN PTK SESI JUN 2010
1. Adalah dimaklumkan bahawa peperiksaan PTK sesi Jun 2010 bagi gred jawatan DG44, DG41, DGA32, DGA29, DG17, N22, W22, C22, N17, C17,W17 dan J17 akan diadakan pada 8, 9 dan 10 Jun 2010.
2. Pendaftaran akan dibuka pada 18 Februari hingga 15 Mac 2010 di peringkat sekolah.

Sekian dimaklumkan,

Terima Kasih.

-Penyelaras PTK Sekolah
Taklimat SMM Januari 2010
Perhatian kepada semua jawatankuasa SMM sekolah, satu taklimat penggunaan perisian akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

Hari : Khamis
Tarikh : 14/01/2010
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Anjung Sidang

Semua ahli jawatankuasa kerja SMM diminta hadir. Sekian, terima kasih.
Manual Penghantaran Laporan Ops Payung Dan H1N1 SPM
Untuk memudahkan guru bertugas menghantar laporan harian bagi operasi payung dan laporan H1N1 bagi peperiksaan SPM, anda boleh muat turun panduan disini. Klik Untuk Muat Turun
Alternatif Kepada Minyak Hitam

Petikan daripada laman web http://cikgumalaysia.blogspot.com/

 

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?


Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.


Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

Keputusan PTK Sesi Ogos 2009
Kepada Semua kakitangan sekolah yang mengambil peperiksaan PTK Sesi Ogos 2009, Keputusan peperiksaan boleh disemak melalui SMS mulai 12:01 tengah malam, 26 Oktober 2009 : taip PTK ><No Kad Pengenalan dan hantar ke 36363 atau melalui laman web www.mpm.edu.my mulai jam 9:00 pagi, 26 Oktober 2009
Buku Rekod Kokurikulum
kepada semua guru tingkatan:

Tuan/puan boleh mengambil buku rekod kokurikulum kelas tuan/puan di bilik pk kokurikulum dan kemaskinikannya. Pelajar yang tidak mempunyai buku tersebut, tuan/puan boleh membelinya di koperasi sekolah. Harap maklum. Terima kasih.
JAMUAN HARI RAYA DAN DEEPAVALI
Perhatian kepada semua guru dan kakitangan
SMK Datuk Haji Abdul Kadir,

Jamuan Hari Raya dan Deepavali akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 Oktober 2009
Hari : Khamis
Masa : 2.15 petang
Tempat : Dewan SMK Datuk Hj Abd Kadir.

Semua guru dan kakitangan sekolah dijemput hadir.
Permohonan Ke SBP,MRSM Dan SMT
Perhatian kepada semua calon PMR 2009, anda boleh memohon ke tingkatan 4 di :
i.
Sekolah Berasrama Penuh <-- klik disini
ii. Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) <-- klik disini
iii. Sekolah Menengah Teknik/Vokasional <-- klik disini

Bagi pelajar yang berminat anda boleh membuat permohonan sekarang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SMKDHAK.SELAMAT MENYAMBUT DAN MERAIKAN AIDILFITRI ,SEMOGA KITA DIRAHMATI ALLAH.SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DAN SELAMAT BERCUTI, SEHINGGA BERTEMU LAGI PADA 28 SEPTEMBER 2009 INSYAALLAH
Pengemaskinian SMM dan BMM
Perhatian kepada semua guru tingkatan, sila kemaskini maklumat pelajar dalam SMM dan BMM. Pastikan enrolmen pelajarnya adalah sama dengan buku rekod kedatangan pelajar. Kutipan dan semakan data akan dijalankan pada 30 september 2009 dan seterusnya pada 31 oktober nanti. Sekian, terima kasih.
Info Webmaster

Jika ada pertanyaan sila hubungi webmaster@smkkadir.net. Daftarlah sebagai ahli portal untuk sama-sama memeriahkan portal sekolah ini. Terima kasih.
Log Masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Bukan Ahli?
Klik Disini Untuk Mendaftar.

Lupa Kata Laluan?
Minta yang baru di sini.
Artikel Terkini
Status Terkini ASB d...
Kesan Sujud Di Dahi ...