Pengumuman Penting daripada Sektor Data Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
"Mulai hari ini, kami telah menyediakan satu lagi kemudahan iaitu Login Guru. Kemudahan ini membolehkan guru-guru untuk menyemak maklumat individu. Mereka juga boleh membuat perubahan/penambahan kepada dua submodul iaitu submodul mata pelajaran ajar dan sejarah perkhidmatan. Sila war-warkan kepada semua guru kerana segala aktiviti berkaitan NKRA adalah berasaskan data EMIS."
Kata laluan default adalah nombor KP. Selepas login, guru boleh menukar kata laluan tersebut.
Untuk ke laman web tersebut sila klik pautan berikut : http://apps.moe.gov.my