Panel Navigasi
PROFIL AM SEKOLAH
Sejarah
Lokasi
Visi Dan Misi
Logo
Senarai Staf
Senarai Email Staf 2010
Panduan Penggunaan Webmail
Takwin Persekolahan
KURIKULUM
HAL EHWAL MURID
KOKURIKULUM
Panduan Markah Koku

Carian Sekolah

Artikel
Muat Turun
Soalan Lazim
Forum
Pautan Web
Kategori Berita
Galeri Gambar
Laman Alumni
Kenali Pengetua
Pengetua
Pn Hajah Salehah Bt. Ghazali
pengetua@smkkadir.net
Pengguna Di Talian
Tetamu Di Talian: 3

Ahli Di Talian: 0

Jumlah Ahli Berdaftar: 158
Ahli Baru: mohamad azri
Pengguna Aktif
tya 3 Hari
mohamad azri 5 Hari
admin 1 Minggu
YUSZAINI 1 Minggu
alifah ilyana 1 Minggu
iman natasha 1 Minggu
margiepierr 1 Minggu
Dheventhiran... 1 Minggu
danny 1 Minggu
saiful amsyar 1 Minggu
Berita Utusan
Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Pada awalnya dikenali sebagai Kepala Batas Secondary School. Merupakan satu-satunya sekolah menengah aliran Inggeris di kawasan Kepala Batas. Pada peringkat awal penubuhannya iaitu pada tahun 1961, jumlah pelajar hanya seramai 142 pelajar . Kemudian jumlahnya bertambah kepada 269 pada tahun 1962 dan seterusnya bertambah kepada 437 pada tahun 1963. Pada tahun tersebut para pelajarnya terdiri daripada 230 pelajar melayu lelaki dan 120 pelajar melayu perempuan, 34 pelajar cina lelaki dan 14 pelajar cina perempuan. Manakala pelajar India pula seramai 28 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan.Terdapat juga seorang pelajar lelaki berketurunan siam.

Sekolah ini bermula dengan 13 buah kelas. Kelas-kelas tersebut terdiri daripada

Tingkatan 1
3 kelas aliran Bahasa Inggeris dan 3 kelas aliran Bahasa Melayu
Tingkatan 2
4 kelas aliran Bahasa Inggeris dan 1 kelas Bahasa Melayu
Tingkatan 3
4 kelas aliran Bahasa Inggeris
Tingkatan 4
2 kelas aliran Bahasa Inggeris

Dari segi akademiknya, untuk pertama kalinya pihak sekolah telah menghantar seramai 78 calon pelajarnya untuk menduduki peperiksaan LCE pada tahun 1963.

Sekolah ini ditukarkan namanya kepada Sekolah Datuk Haji Abdul Kadir sempena nama seorang tokoh tempatan iaitu Tuan Haji Abdul Kadir Bin Haji Hassan. Perasmian sekolah telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Dato' Musa Hitam (Menteri Pendidikan ketika itu) pada hari Rabu, 24 September 1980.

Pada peringkat awal penubuhannya hanya terdapat 2 blok bangunan sahaja iaitu blok Muhibbah dan Kantin. Blok Muhibbah menempatkan sebuah pejabat, sepuluh buah kelas, sebuah makmal dan empat buah tandas untuk kegunaan pelajar dan guru.

Kini, kawasan sekolah telah mengalami perubahan demi perubahan sesuai dengan perkembangan zaman semasa dan tuntutan teknologi pendidikan. Antara perubahan terkini ialah :

  1. Bangunan asrama yang tersergam indah (beroperasi mulai tahun 2004)
  2. Tambahan bangunan baru 4 tingkat (mengantikan bangunan lama, di lokasi yang sama)
  3. Bangunan surau
  4. Sebuah makmal komputer, sebuah makmal Produksi Multimedia dan sebuah pusat akses
  5. Capaian Internet(Wifi,LAN) hampir seluruh kawasan sekolah

 

<
Info Webmaster

Jika ada pertanyaan sila hubungi webmaster@smkkadir.net. Daftarlah sebagai ahli portal untuk sama-sama memeriahkan portal sekolah ini. Terima kasih.
Log Masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Bukan Ahli?
Klik Disini Untuk Mendaftar.

Lupa Kata Laluan?
Minta yang baru di sini.
Artikel Terkini
Status Terkini ASB d...
Kesan Sujud Di Dahi ...